fb fb fb fb fb

Hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri sehingga 1 pagi

Foto hiasan

PETALING JAYA, 22 September - Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 1.00 pagi.

MET Malaysia menerusi kenyataan memaklumkan cuaca tersebut dijangka melanda negeri Perak yang melibatkan kawasan Hulu Perak, Kinta dan Kampar, selain beberapa kawasan di negeri Kelantan iaitu Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang.

Manakala, di negeri Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Bera dan Rompin, negeri Melaka serta Tangkak di Johor.

Sementara itu di Sarawak, kawasan yang terjejas ialah Kuching (Lundu), Bintulu, Miri dan Limbang serta negeri Sabah (Sandakan).

"Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran", menurut kenyataan itu.

ROSLINA BINTI DIN