fb fb fb fb fb

Hujan berterusan diramal berlaku di lima negeri sehingga Rabu

KUALA LUMPUR, 23 Januari- Hujan berterusan kategori waspada diramal berlaku di beberapa kawasan di Terengganu, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah sehingga Rabu ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, hujan berterusan di Terengganu dijangka berlaku di Dungun dan Kemaman serta di Pahang melibatkan Kuantan, Pekan dan Rompin.

Cuaca sama turut diramal berlaku di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

(Ramalan hujan berterusan yang dikeluarkan MetMalaysia pada pukul 12.05 tengah malam tadi)

Di Sarawak pula amaran dikeluarkan di Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu dan tiga kawasan di Miri iaitu Subis, Beluru, Miri serta Marudi.

Manakala di Sabah, hujan berterusan dijangka berlaku di Tambunan, Pantai Barat, Lahad Datu, Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan Kudat.

Media Baharu