fb fb fb fb fb

Hubungan strategik ASEAN-India, tingkatkan peluang pembangunan Malaysia

Shah Nizam Ahmad / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 14 Disember- Hubungan antara ASEAN-India dilihat sebagai pemacu penting dalam memajukan pembangunan bersama Malaysia terutamanya dalam menyelaraskan keutamaan ASEAN menerusi agenda Selatan Global.

Pendekatan itu khususnya bagi mewujudkan sistem global yang seimbang dan bekerjasama secara setara.

Pengerusi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata hubungan strategik itu dapat mengukuhkan suara dan kedudukan negara dalam sistem global.

"Kita kini mempunyai peluang nyata untuk menangani cabaran global yang mendesak berdasarkan visi dan keutamaan bersama.

"Daripada menangani perubahan iklim kepada meningkatkan daya tahan rantaian bekalan, memastikan keselamatan makanan, dan membentuk tadbir urus teknologi baharu seperti Kecerdasan Buatan (AI).

"Usaha bersama kita akan menghasilkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada semua," katanya menerusi teks ucapannya yang dibaca oleh Timbalan Pengarah MATRADE, Shah Nizam Ahmad pada Persidangan Perdagangan India-Malaysia KL 2024 di sini.

Tambahnya, hubungan itu dapat memperkukuh perpaduan, memanfaatkan kepelbagaian rantau, dan mencipta peluang baharu untuk pembangunan bersama.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM