fb fb fb fb fb

Hubungan Malaysia, Pakistan tumpu kerjasama perdagangan dua hala

Muhammad Shehbaz Sharif dan Datuk Seri Anwar Ibrahim/Foto Pejabat Perdana Menteri

RIYADH, 29 April- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala dengan rakan sejawatnya dari Pakistan Muhammad Shehbaz Sharif di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).

Pada mesyuarat itu kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan dua hala Putrajaya-Islamabad sekali gus melonjakkan hubungan perdagangan ke peringkat lebih tinggi.

Pertemuan hampir setengah jam itu turut menumpukan usaha meneroka peluang pelaburan dan kerjasama baharu dalam bidang perdagangan, halal, pendidikan, pertahanan, pelancongan, sumber manusia.

Selian itu, isu geopolitik semasa di Asia Barat dan kekejaman rejim zionis Israel terhadap Gaza turut menjadi topik perbincangan.

Kedua-dua Perdana Menteri turut membincangkan mengenai ASEAN dan kepengerusian Malaysia tahun depan.

Turut disentuh, ruang kerjasama antara Pakistan-ASEAN.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI