fb fb fb fb fb

Hospital Taiping nafi keluarkan resit tular kos rawatan kanak-kanak ketumbuhan otak

 



TAIPING, 21 Januari- Hospital Taiping menafikan pengeluaran satu resit bayaran bagi kos rawatan seorang kanak-kanak yang mengalami ketumbuhan pada otak di hospital itu sebagaimana tular di media sosial.

Pengarahnya, Dr. Narimah Yusof menerusi satu kenyataan berkata, siasatan mendapati resit bayaran tersebut adalah palsu dan tidak dikeluarkan daripada mana-mana pihak di institusi itu.

"Siasatan lanjut turut mendapati penama dan maklumat pada nombor resit yang tertera dalam resit berkenaan tidak sahih".

"Malah pesakit juga tidak pernah mendapatkan sebarang rawatan di mana-mana jabatan atau klinik di bawah rumah sakit tersebut, kata Dr. Narimah.

Justeru, pihak pengurusan hospital mengingatkan orang ramai agar berwaspada dengan taktik individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan
ketika tempoh pandemik.

Terdahulu, tular di media sosial satu hantaran memohon bantuan kewangan daripada orang ramai bagi menjelaskan kos rawatan seorang kanak-kanak perempuan didakwa mengalami penyakit ketumbuhan otak.

Media Baharu