fb fb fb fb fb

Hospital Sri Aman II mula beroperasi

KUCHING, 3 September- Hospital Sri Aman II yang mula beroperasi bulan ini dilengkapi dengan 108 katil, menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Sarawak Dr Ooi Choo Huck.

Beliau berkata hospital itu juga menawarkan tujuh perkhidmatan kepakaran iaitu perubatan am, pediatrik, pembedahan am, perbidanan dan sakit puan, ortopedik, radiologi serta anestesiologi.

“Perkhidmatan kepakaran psikiatri pula terus dikekalkan di Hospital Sri Aman (lama).

(Foto fail)

“Pengoperasian Hospital Sri Aman II akan memberi manfaat dan kemudahan kesihatan secara menyeluruh kepada masyarakat Bahagian Sri Aman dan daerah di sekitarnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media Baharu