fb fb fb fb fb

Hati-hati taktik terbaru penipuan - CyberSecurity Malaysia

Amaran CyberSecurity Malaysia kepada pengguna Whatsapp

KUALA LUMPUR, 7 Disember- Orang ramai digesa berhati-hati dengan aktiviti penyamaran melalui akaun WhatsApp yang menipu mangsa bertujuan pemindahan wang.

CyberSecurity Malaysia dalam kenyataan berkata, terdapat aktiviti penipuan menggunakan aplikasi itu.

"Pelaku menyamar sebagai individu dikenali mangsa sebelum menghantar satu pautan dan meminta mangsa untuk klik pada pautan berkenaan.

"Mangsa kemudian kehilangan akses ke akaun WhatsApp sendiri," katanya.

Penipu akan mengambil alih akaun WhatsApp yang diceroboh dan menggunakan identiti mangsa untuk melakukan penipuan.

Penipu akan menyamar sebagai mangsa dengan menghantar mesej kepada kenalan-kenalan mangsa melalui akaun WhatsApp berkenaan.

Sehubungan itu orang ramai dinasihat agar tidak menekan sebarang pautan yang diterima melalui aplikasi WhatsApp dan tidak membuat sebarang pemindahan wang sebelum mendapat kepastian dan pengesahan kenalan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI