fb fb fb fb fb

Hassan Ahmad dinobatkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan

Datuk Seri Hassan Ahmad/ Foto BERNAMA

PUTRAJAYA, 7 Julai- Bekas Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad dinobatkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2024M.

Beliau berusia 82 tahun, anak jati Permatang Sungai Dua, Kepala Batas itu berkelulusan Ijazah Sarjana Usul Al-Fiqh Fakulti Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir.

Kini berkhidmat sebagai Penasihat Kehormat Pusat Pengajian Darul Hadis, Pulau Pinang sejak 2015.

"Sebab itu sekarang ini saya cuba mewujudkan dan sarankan kepada pihak yang berkuasa supaya pengajaran islam ini supaya menyeluruh memasuki semua bidang sebagai contoh ibadat muamalat, nikah kahwin, kehakiman dan pemerintahan," katanya kepada pemberita di sini.

0707 TOKOH MAAL HIJRAH KEBANGSAAN 2Datuk Seri Hassan Ahmad (kiri) dan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa Profesor Dr. Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi

Sementara itu, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia, Profesor Dr. Ali Muhyiddin Ali Al-Qaradaghi, 75 tahun pula dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa.

Berasal dari Wilayah Kurdistan, Iraq, beliau terbabit selama 40 tahun memberi nasihat dalam sistem perbankan syariah dan ekonomi Islam di Malaysia.

"Saya rasa bangga dapat terus menyumbang. Penghargaan ini juga untuk ayah saya yang telah membentuk diri saya.

"Saya ingin memperkasa instrumen wakaf untuk manfaat umat Islam," katanya.

Kedua-dua tokoh menerima hadiah wang tunai, sijil dan trofi disampaikan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H / 2024M di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI