fb fb fb fb fb

Program 'E-Sport' MADANI, tarik minat 216 penyertaan

Foto RTM

KUANTAN, 7 Julai- Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan dan Pahang menganjurkan program “E-Sport” sempena Program MADANI Rakyat Zon Timur 2024.

Aktiviti yang menfokuskan kepada golongan muda itu mendapat 216 penyertaan daripada peringkat umur.

Menurut Presiden Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan, Abdul Akif Rahim, penganjuran program itu bertujuan mencungkil bakat-bakat baru dalam e-sukan untuk diketengahkan.

Malah, pada penganjuran kali ini, sebanyak hadiah bernilai RM5,000 disediakan kepada pemenang menerusi empat kategori permainan.

"Hadiah hadiah terkumpul sebanyak RM5,000. Kita beri secara tunai dan hadiah terkumpul itu terbahagi kepada empat kategori iaitu untuk PUBG (RM2,000), MLBB (RM2,000), Tekken (RM500) dan e-Football (RM500)," kata Abdul Akif kepada pemberita, hari ini.
 
Program e-sukan itu turut mendapat penyertaan daripada golongan muda berusia 16 sehingga 25 tahun dari seluruh negara.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM