fb fb fb fb fb

Hasrat lapan PATI pulang ke Indonesia gagal

MERSING, 1 Mac- Hasrat lapan pendatang asing tanpa izin, (PATI) pulang ke Indonesia, tidak kesampaian selepas digagalkan Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia, 7 Briged, di Ladang Sungai Paloi, Tenggaroh 3, Mersing, Johor.

Mereka diberkas pukul 4.30 pagi tadi, selepas pasukan ronda 7 Briged, mengesan pergerakan mencurigakan di kawasan itu.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, 3 Divisyen berkata tangkapan melibatkan tujuh pati lelaki dan seorang PATI wanita, berusia 17 hingga 52 tahun.

Nilai rampasan dilaporkan lebih RM3,000.

Mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk tindakan lanjut.

(Kenyataan dikeluarkan Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia)

Media Baharu