fb fb fb fb fb

Malaysia sasar kerjasama dengan beberapa negara luar lain dalam VTL

SHAH ALAM, 1 Mac- Kementerian Luar dan Kementerian Pengangkutan bekerjasama dalam meneliti beberapa negara luar berpotensi dimasukkan dalam Vaccinated Travel Lane (VTL).

Setakat ini, Malaysia telah mendapat persetujuan melalui skim VTL dengan negara Singapura, Indonesia, Brunei dan Thailand.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata ia akan membolehkan keluar masuk diantara negara- negara berkenaan dengan Malaysia.

"Kementerian dan agensi- agensi berkaitan sekarang ini sedang memperincikan protokol termasuk pra-pelepasan dan ketibaan ke dalam negara," kata Hishamuddin dalam sidang media maya hari ini.

Februari lalu, kabinet juga bersetuju untuk pembukaan sempadan negara dan tarikh pelaksanaannya akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ia sebagai langkah baharu bagi memulihkan pelancongan negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19.


(Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein mempengerusikan Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 secara maya petang tadi)

Media Baharu