Hari Malaysia: Persediaan memasuki fasa akhir perbincangan

Foto RTM

PUTRAJAYA, 31 Ogos – Persediaan bagi Sambutan Hari Malaysia 2026 pada 16 September depan, kini memasuki fasa akhir perancangan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mesyuarat pada 5 September akan meneliti perancangan akhir dan menyelaras acara kemuncak di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Sarawak.
  • Acara rasmi berlangsung pada waktu malam dengan acara sisipan di Borneo Cultural Centre dan Plaza Merdeka, termasuk pameran sejarah pembentukan Malaysia.
  • Sasaran lebih 5,000 pengunjung termasuk pengunjung tempatan dan dari Semenanjung, maklumat lanjut tersedia di portal Merdeka360.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat bagi meneliti perancangan akhir akan diadakan pada 5 September ini, bagi menyelaras acara kemuncak yang dijadualkan berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Sarawak.

“saya percaya ramai rakyat Malaysia dari seluruh negara akan turut serta pada sambutan kali ini.

“Walaupun sambutan acara rasmi akan diadakan pada sebelah malam, pelbagai acara sisipan yang akan diadakan di sekitar Borneo Cultural Centre dan juga Plaza Merdeka.

“Antaranya adalah pameran tentang sejarah pembentukan Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai program yang dianjurkan, orang ramai boleh merujuk kepada portal Merdeka360,” katanya selepas menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di sini hari ini.

Sementara itu, lebih 5,000 pengunjung disasarkan akan hadir memeriahkan sambutan berkenaan, termasuk pengunjung tempatan dan dari Semenanjung.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.