fb fb fb fb fb

Hari kedua Jelajah Karnival KPDN meriah

Jelajah Karnival Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Selatan

ISKANDAR PUTERI, 28 Jun- Hari Kedua Jelajah Karnival Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia terus meriah dengan sambutan hangat daripada pengunjung.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan KPDN, Al-Shams Abdul Wahid berkata,  pelbagai tawaran istimewa dengan harga berpatutan terdapat sepanjang program tiga hari itu.

Seramai 62 usahawan tempatan menyertai karnival kali ini yang merangkumi produk makanan, kecantikan, fesyen, kesihatan dan kelengkapan rumah.

Karnival itu turut dimeriahkan dengan pocket talk dan kuiz kahoot, pertandingan e-sukan Sara Hidup selain, konsert pada malam ini yang menampilkan artis terkenal tanah air seperti Datuk Hattan, Irfan Haris serta Wani Hasrita.

"Ini merupakan siri pertama kita untuk jelajah seperti ini. Saya memang harap lebih ramai pengunjung untuk datang ke sini. Semalam pun masih ramai yang datang lewat kira-kira 9.30 malam.

"Jadi selepas ini akan ada lima siri lagi di Sabah, Sarawak, Pahang, Kedah dan penutup di Selangor. Sekiranya tidak dapat hadir pada karnival ini, masih ada peluang untuk hadir pada edisi akan datang," katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Jelajah Karnival KPDN 2025 dan Kempen Beli Barangan Malaysia Zon Selatan di sini.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI