fb fb fb fb fb

Hari Kebangsaan peringkat negeri Melaka disambut sederhana, tiada perarakan - Exco

(FOTO HIASAN)

AYER KEROH, 13 Ogos - Hari Kebangsaan peringkat negeri Melaka akan disambut sederhana pada tahun ini tanpa sebarang perarakan.

Exco Perpaduan dan Penerangan Negeri, Ngwe Hee Sam berkata sambutan sebaliknya akan lebih menjurus kepada sambutan secara statik iaitu dengan mengadakan perhimpunan bagi menyambut acara itu.

Sambutan bakal diadakan di Dataran Sejarah Ayer Keroh.

(Exco Perpaduan dan Penerangan Negeri, Ngwe Hee Sam (tengah))

Bagaimanapun katanya, sambutan ambang merdeka akan diadakan di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).

"Saya menyerulah rakyat Melaka, bulan kebangsaan ini kita bolehlah sama-sama kibarkan jalur gemilang pada semua premis perniagaan, bangunan kerajaan dan premis swasta untuk tunjukkan semangat patriotik," katanya ketika ditemui selepas Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Negeri di Dataran Sejarah, di sini.

Ngwe Hee turut menasihatkan agar seluruh Keluarga Malaysia terutamanya di Melaka mengibarkan jalur gemilang mengikut tatacara yang betul.

Media Baharu