fb fb fb fb fb

Hari Bertemu Pelanggan dekatkan agensi kerajaan dengan masyarakat

LABUAN, 29 Julai- Penganjuran Hari Bertemu Pelanggan Perbadanan Labuan bersama agensi kerajaan di Labuan, boleh mempertingkat kualiti perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Rosida Jaafar berkata, menerusi program itu penilaian dapat dibuat berhubung impak perkhidmatan yang disampaikan.

Ini termasuk impak pembangunan inovasi dan teknologi dalam merangka hala tuju, dasar dan pelaksanaan inisiatif-inisiatif baharu.

"Hari Bertemu Pelanggan untuk mendekatkan agensi kerajaan dan yang swasta juga dengan masyarakat. Kita perlu bersatu hati dan memahami kehendak masyarakat.

"Jadi itu maklum balas yang kita perlukan supaya kita bertindak. Dengan kerajaan Persekutuan kita perlu berbincang untuk membesarkan program-program yang ada ini untuk kesejahteraan rakyat," kata Rosida kepada pemberita, selepas merasmikan program itu yang berlangsung di Kompleks Ujana Kewangan Labuan di sini.

Sebanyak 46 agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai reruai pameran kerjaya yang berlangsung selama dua hari, serentak dengan sambutan Hari Belia Negara 2023 Peringkat Labuan.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Mohd Ismail.

(Datuk Seri Rosida berkata Hari Bertemu Pelanggan Perbadanan Labuan dekatkan agensi
kerajaan dengan masyarakat)

Media Baharu