fb fb fb fb fb

Harga runcit jalur lebar berkurang, selepas MSAP dimuktamadkan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Pengurangan harga runcit untuk perkhidmatan jalur lebar tetap hanya akan berlaku sejurus perjanjian Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) telah dimuktamadkan antara pihak penyedia perkhidmatan.

Jelas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam satu kenyataan, kebanyakan penyedia perkhidmatan sudah atau sedang dalam proses untuk menerbitkan Reference Access Offer (RAO).

Rundingan perjanjian capaian akan bermula berdasarkan kepada RAO yang diterbitkan dan dijangka dimuktamadkan menjelang akhir September 2023.

Kenyataan itu bagi memberi maklum balas berhubung isu tersebut susulan penguatkuasaan MSAP telah dibuat pada Mac lalu.

Oleh yang demikian, pengurangan harga runcit untuk perkhidmatan jalur lebar tetap dijangka berlaku selepas itu.


(Foto Hiasan)

Media Baharu