fb fb fb fb fb

Harga minyak masak botol kekal

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 8 Disember- Harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen kemasan botol dikekalkan mulai hari ini hingga satu tarikh dimaklumkan kelak.

Pengekalan harga itu bertujuan meringankan beban kos sara hidup rakyat.

Bagi minyak masak sawit tulen kemasan botol satu kilogram, harganya ialah RM6.90 manakala bagi dua kilogram, RM13.30.

Untuk tiga kilogram pula, RM19.60 manakala berat lima kilogram pada harga RM30.90.

Bagaimanapun peniaga, peruncit atau pihak yang menjual barangan itu melebihi harga maksimum akan dikenakan tindakan daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN).

Pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dilaksana KPDN.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI