fb fb fb fb fb

Harga benih padi disemak berterusan, pastikan pada harga munasabah

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu ditemui media selepas hadir pada Majlis Ramah Mesra bersama Anggota Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri (LPP) Perak di Pertubuhan Peladang Kawasan Tapah hari ini. Turut hadir, Pengerusi LPP, Datuk Mahfuz Omar/BERNAMA

TAPAH, 17 April- Kerajaan menyemak harga Benih Padi Sah (BPS) disemak secara berterusan, bagi memastikan ia berada pada kadar munasabah dan tidak membebankan pesawah.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata langkah itu bagi menjamin keterjaminan makanan negara.

"Buat masa ini diturunkan RM2, bagaimanapun, para petani kena terima dulu yang penurunan RM2," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Ramah Mesra Bersama ANggota Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) negeri, di sini.

Majlis berkenaan turut dihadiri Pengerusi LPP, Datuk Mahfuz Omar.

Terdahulu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan harga kawalan Benih Padi Sah (BPS) diselaras kepada RM52 di peringkat borong dan RM56 bagi runcit per kampit 20 kilogram di Semenanjung Malaysia berkuat kuasa pada 15 April.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM