fb fb fb fb fb

Hanya 4 warga Malaysia berdaftar masih berada di Ukraine

(Datuk Seri Saifudin Abdullah ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Parlimen)

KUALA LUMPUR, 8 Mac- Hanya empat warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Besar Malaysia masih berada di Ukraine setakat hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifudin Abdullah berkata, bagi tempoh 14 hingga 26 Februari lalu, seramai 22 warganegara Malaysia telah selamat dipindahkan keluar dari negara bergolak itu.

"Ada antaranya berkahwin dengan warga tempatan, kata Saifuddin ketika Waktu Pertanyaan Menteri sidang Dewan Rakyat hari ini.

Bagaimanapun jelas Saifuddin pihak kedutaan sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya mereka berhasrat untuk keluar dari negara tersebut.

Pihak kedutaan melalui kerjasama perwakilan-perwakilan Malaysia di negara-negara berdekatan Ukraine, juga sentiasa berhubung rapat dengan warga Malaysia yang masih berada di Ukraine terutamanya di Warsow, Poland untuk sebarang pertolongan.

"Bantuan yang diberikan termasuk memudah cara urusan kemasukan di sempadan-sempadan negara, urusan dokumentasi seperti pengeluaran Sijil Perakuan Cemas bagi individu yang memerlukan, memastikan keadaan serta kebajikan mereka sentiasa terpelihara, dan lain-lain urusan yang berkenaan," katanya.

(Konvoi memindahkan 9 rakyat Malaysia dan 2 tanggungan mereka serta seorang warga Singapura dari Kiev pada 27 Februari lalu/FAIL FOTO FB Saifuddin Abdullah)

Mengulas video berdurasi 45 saat yang dimuat naik dalam talian mendakwa bahawa sekumpulan pelajar Malaysia masih lagi terkandas di Ukraine, katanya sehingga kini dakwaan tersebut tidak dapat disahkan, termasuk kesahihan identiti mereka sebagai warganegara Malaysia.

Namun, beliau menggesa mana-mana warganegara Malaysia di Ukraine yang masih belum mendaftarkan diri dengan pihak Kedutaan, supaya segera berbuat demikian.

Media Baharu