fb fb fb fb fb

Syarikat pemegang lesen PJH diingatkan beri perkhidmatan terbaik

(Petugas Tabung Haji di Makkah)

MAKKAH, 16 Jun- Hanya 22 syarikat agensi pelancongan berjaya mendapat lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) musim ini, selepas masing-masing melepasi kriteria pemilihan ketat yang ditetapkan Tabung Haji (TH).

Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji, Mohd Zawawi Bostam mengingatkan syarikat yang berjaya supaya memberi perkhidmatan terbaik dan sentiasa menjaga kebajikan jemaah haji Malaysia.

Beliau berkata semua syarikat yang layak selepas memperoleh lebih 80 markah, selain maklum balas jemaah pada musim haji sebelum ini.


(Pengarah Operasi Pengelola Jemaah Haji, Mohd Zawawi Bostam)

Pasukannya turut memantau daripada sudut perkhidmatan lain seperti sajian makanan, pengurusan pergerakan dan penginapan jemaah.

"Kita menilai berdasarkan penilaian rekod-rekod kesalahan. Jika kesalahan itu serius untuk memutuskan syarikat itu layak mendapatkan lesen atau tidak, itu bergantung kepada prestasi mereka tahun lepas", katanya.

Sekiranya syarikat berkaitan gagal mematuhi kriteria ditetapkan, mereka berdepan tindakan.

Pakej haji yang ditawarkan 22 syarikat PJH itu bermula daripada harga RM43,257 sehingga RM250,000 termasuk penginapan di Makkah serta Madinah.

Bagi musim haji tahun ini, lebih 8,600 jemaah haji direkodkan menggunakan perkhidmatan pakej haji, dengan 35 peratus daripadanya memilih pakej rahmah bernilai RM50,000 ke bawah.


Media Baharu