fb fb fb fb fb

Hampir tiga kilogram dadah, 370 pil kuda dirampas Kastam Kelantan

Wan Jamal Abdul Salam Wan Long

KOTA BHARU, 17 Januari- Kastam Kelantan mematahkan cubaan pengedaran dadah menggunakan perkhidmatan kurier selepas merampas ketulan ganja mampat seberat lebih 2.6 kilogram dan 370 biji pil kuda dalam dua kes berasingan di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Rampasan pertama dibuat pada 4 Januari lepas, membabitkan 1.49 kilogram ketulan daun ganja mampat dan 168 biji pil kuda manakala operasi kedua membawa kepada penemuan 1.18 kilogram ketulan daun ganja mampat dan 202 bil pil kuda 10 Januari lepas.
 
Kedua-dua operasi dilakukan di sebuah syarikat perkhidmatan kurier di Rantau Panjang dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan melebihi RM11,000.
 
Menurut Pengarah Kastam Negeri Wan Jamal Abdul Salam Wan Long, kejayaan itu hasil maklumat awam dan risikan pihaknya selama seminggu.

"Mula-mula dia masukkan dadah dalam kotak kosmetik selepas itu dimasukkan ke dalam kotak yang lebih besar selepas itu dibungkus dalam beg plastik, penghantar dan penerima orang yang sama dalam kes ini beralamat di Kuala Lumpur.

"Di luar sana ada permintaan sebab itu diorang guna kaedah penghantaran cepat dan juga mungkin cuba mengaburi mata penguatkuasaan," katanya dalam sidang media di sini.

Wan Jamal Abdul Salam berkata bekalan dadah disyaki di peroleh dari negara jiran dan dibawa masuk menerusi pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dah Berbahaya 1952.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI