fb fb fb fb fb

Hampir 5,000 hektar tanah di Sabah dan Sarawak jadi kawasan padi

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 16 Oktober-4,839 hektar kawasan di Sabah dan Sarawak akan dibangunkan kerajaan bagi tujuan projek penanam padi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, jumlah itu membabitkan kawasan di Sabah seluas 2,158 hektar di Beluran dan Kota Belud . Manakala 2,680 hektar di Sarawak, dengan tumpuan di Batang Lupar.

"Tapi setakat ini seluas 4,839 hektar tlh disahkan untuk dibangunkan, iaitu 2,159 hektar di Sabah,Beluran dan Kota Belut. Manakala 2,680 hektar di Sarawak di Batang Lupar", kata Zahid ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

Sementara itu, Ahmad Zahid menyedari banyak kawasan paya dan tanah terbiar di negara ini, juster FELCRA diarah melihat beberapa potensi keterjaminan makanan lain selain padi.

"Ada kategori tanah-tanah di bawah FELCRA yang tidak digunakan dan kita majukan untuk memberi penghasilan bukan sahaja kepada peneroka tetapi negara secara keseluruhannya," katanya.


(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menjawab soalan
di Parlimen)

Media Baharu