KUALA LUMPUR, 7 Mac- Seramai 1,927 gelandangan mendapat pekerjaan hasil menjadi peserta Anjung Kembara sejak 2016 sehingga kini, jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr. Zaliha Mustapha.
Program tersebut turut disokong Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bersama-sama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).
Manakala bagi program kemahiran dan keusahawanan, seramai 31 orang gelandangan telah mengikuti program tersebut bagi memberi peluang kedua dalam kehidupan mereka bagi menyara kehidupan.
"Pusat gelandangan ini menyediakan perkhidmatan penginapan sementara, latihan berserta kelas kemahiran, penjodohan pekerjaan dan pusat pengagihan makanan.
"Selain daripada itu pihak Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) juga mewujudkan pusat transformasi gelandangan (anjung kelana) sebagai tempat untuk membimbing dan melatih golongan gelandangan warganegara yang produktif, sihat mental dan tubuh badan agar bersedia untuk menyara kehidupan sendiri dan kembali kepada masyarakat," katanya, di Parlimen.
Mengenai tahanan bagi gelandangan bukan warganegara pula, Zaliha berkata, kementerianya sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)
bagi menyelesaikan isu penempatan gelandangan tersebut