fb fb fb fb fb

Hampir 12,000 usahawan Johor daftar sistem PADU

(Sidang Dewan Negeri Johor ke-15)

JOHOR BAHRU, 22 Jun- Seramai 11,583 usahawan Johor, termasuk 5,099 usahawan wanita sudah mendaftar dengan sistem Pusat Data Usahawan Johor (PADU).

Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia negeri, Mohd Hairi Mad Shah berkata daripada jumlah itu 6,799 merupakan usahawan makanan termasuk pembuatan dan pemprosesan.

(Mohd Hairi)

PADU bertujuan mengukuhkan ekosistem keusahawanan negeri Johor sebagai platform rujukan informasi terkini berkaitan peluang perniagaan dan skim bantuan kerajaan atau agensi.

"Bagi memastikan sumber maklumat dapat diakses, dianalisa dan dijadikan sumber untuk memperbaiki mutu perkhidmatan kepada usahawan dan rakyat umumnya, maka pengwujudan satu portal yang bersepadu menerusi PADU tepat pada masanya," kata Mohd Hairi.

Beliau berkata demikian semasa sesi Sidang Dewan Negeri Johor ke-15 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Sementara itu, Perbadanan Usahawan Johor (PUJB) dan Bahagian Perancang Ekonomi Johor (BPENJ) sedang mempertimbangkan untuk mewujudkan hab atau pusat makanan ringan di setiap daerah negeri ini, khususnya untuk wanita.

Cadangan itu akan dibuat secepat mungkin, mengambil kira pelbagai aspek seperti kewangan dan pembangunan.

Selain mencadangkan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Ta’zim (YPKDT) menjadi anggota MPUNJ bagi memperkasa inisiatif pembangunan ekonomi khusus wanita seperti ibu tunggal dan wanita B40.

Media Baharu