fb fb fb fb fb

Halaqah Mubaligh ASEAN 2.0, sebar luas peranan penggerak dakwah

Foto BERNAMA

NILAI, 13 Ogos- Halaqah Mubaligh ASEAN 2.0 yang menghimpunkan 150 orang peserta dilihat sebagai inisiatif dakwah berskala serantau dan membuka ruang untuk menyebarluas peranan Mubaligh.

Dalam masa sama, melahirkan resolusi metodologi dakwah yang berkesan di peringkat antarabangsa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, selain memperkukuh jaringan ukhuwah, program itu juga mempererat hubungan persaudaraan dalam kalangan penggerak dakwah dari seluruh rantau ASEAN.

"Sebagai mubaligh, kita perlu menjalankan salah satu fungsi kenabian iaitu tabligh (menyampaikan) dakwah.

"Ia peranan yang sangat penting dan memberi peluang kepada semua pihak daripada pelbagai latar belakang untuk berbincang dengan tekun dan penuh keikhlasan bagi mencari jalan dan berkongsi pandangan mengenai method dalam berdakwah," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Halaqah Mubaligh ASEAN 2.0 bagi di Nilai, Negeri Sembilan.

Antara fokus perbincangan dalam program ilmu itu adlaah seperti Peranan Mubaligh dalam Industri Halal dan Pembangunan Ekonomi Islam serta Malaysia MADANI: Maqasid Syariah Anjakan Baharu Dunia Islam.

Inisiatif strategik itu dianjurkan Pertubuhan Ukhwah Da'i Antarabangsa (MUDA) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Ia berlangsung dari 12 hingga 14 Ogos 2025 di Nilai.

NIK MOHD HAFIZUL BAHARUDDIN

Hello