fb fb fb fb fb

Hak kebebasan bersuara, KKD nilai semula Akta 588

(Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching)

KUALA LUMPUR, 13 Mac- Kementerian Komunikasi dan Digital, KKD sedang menilai dan mengkaji Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588], terutamanya  seksyen.

Ia sebagai langkah memastikan kebebasan bersuara yang diberikan perlu limitasi dan tidak menyentuh sensitiviti yang boleh menjejaskan keharmonian negara.


(Foto fail)

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, KKD sekarang dalam usaha mengkaji semula seksyen 233 supaya pindaan boleh dibuat untuk memberi kuasa yang lebih besar SKMM.

"Antaranya cadangan yang kami terima, kita hendak tambah lagi, menaikkan lagi hukuman yang boleh dikenakan di bawah seksyen 233 ini dan akhirnya kita rasa platform sosial media itu merupakan satu perkara yang memang membahayakan jadi kita akan mengkaji bagaimana kita boleh mengawal selia mereka,"katanya.


Tambah beliau lagi, KKD berpendirian bahawa setiap individu mempunyai kebebasan bersuara dalam berpolitik untuk menyatakan pendapat dan kritikan namun haruslah sentiasa berpegang kepada peruntukan undang-undang dan tidak melanggar norma budaya masyarakat di negara ini.

“Kebebasan bersuara tidak bermaksud seseorang individu boleh membuat tomahan, fitnah dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap institusi raja mahupun memperlekeh agama atau berbaur perkauman,” katanya semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini.

Media Baharu