fb fb fb fb fb

Guru sambut baik kaji semula cuti hujung minggu

JOHOR BAHRU, 22 Jun- Langkah kerajaan negeri untuk mengkaji semula cuti mingguan Jumaat dan Sabtu ketika ini, menerima reaksi positif dari warga pendidik.

Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Johor, Norlizah Noh berkata majoriti guru di negeri ini bersetuju supaya cuti hujung minggu dikaji semula.

"Ramai guru sering membangkitkan isu ketidakhadiran pelajar, hari Ahad ramai pelajar yang tidak hadir ke sekolah kerana pertindihan dengan cuti ibu bapa mereka.

"Selain apabila cuti sekolah yang panjang, bila hari Ahad ramai tidak hadir, jadi ia salah satu faktor harus dikaji semula," katanya.

(Norlizah Noh)

Beliau ditemui pemberita selepas Sidang Dewan Negeri Johor ke-15 di Kota Iskandar, Iskandar Puteri, di sini hari ini.

Menurut Norlizah, setiap keputusan perlu dibincang di pelbagai peringkat supaya memberi manfaat kepada semua pihak.

Media Baharu