fb fb fb fb fb

Gudang simpanan kilang papan musnah dalam kebakaran

ARAU, 18 Mei - Gudang simpanan sebuah kilang papan yang terletak di Kampung Che Ok Tengah, Tambun Tulang, Arau terbakar kira-kira jam 7.05 malam tadi.

Kebakaran berkenaan menyebabkan gudang simpanan berkenaan yang berkeluasan 200kaki x 300kaki persegi musnah 80 peratus.

Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.12 malam.

Empat buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kangar, Arau, Simpang Empat serta turut mendapat bantuan Pasukan Bomba Sukarela dari Padang Besar, Tunjang dan Ayer Hitam bergegas ke lokasi kebakaran.


(Bomba memadam kebakaran dari merebak)

Operasi diketuai Penguasa Bomba Muhamad Firdaus Yusop bersama 56 anggota berjaya mengawal dan memadam kebakaran dari merebak ke kawasan berhampiran.

Operasi pemadaman tamat sepenuhnya jam 12.24tengah malam tadi dan tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran itu.

Punca dan jumlah kerugian kini masih dalam siasatan

Media Baharu