GSF 2.0: Empat rakyat Malaysia teruskan pelayaran menuju ke Gaza

Foto RTM

SEPANG, 19 Mei – Empat rakyat Malaysia dilaporkan masih meneruskan pelayaran dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0 menuju ke Gaza.

RINGKASAN BERITA AI
  • SNCC mengesahkan tiga bot delegasi semakin menghampiri zon merah, dengan ETA sekitar empat hingga tujuh jam.
  • Bot Alcyone, Don Juan dan Zefiro berada 34, 44 dan 50 batu nautika dari zon merah masing-masing.
  • Setakat semalam, 40 bot dipintas dan 15 bot membawa delegasi Malaysia diserbu; tahanan rakyat Malaysia meningkat kepada 16 orang.

Mereka ialah Muhammad Hareez Adzrami dan tiga lagi yang dikenali sebagai Chin, Syed Amirul dan Dr. Thanisah.

Muhammad Hareez dan Chin menaiki kapal Alcyone, manakala Syed Amarul dan Dr Thanisah masing-masing berada dalam kapal Don Juan dan Zefiro.

Pusat Gerakan Operasi Sumud Nusantara (SNCC) mengesahkan, tiga bot yang membawa delegasi Malaysia itu semakin menghampiri zon merah, setakat 12 tengah hari tadi (waktu Malaysia).

Bot Alcyone berada 34 batu nautika dari zon merah dengan anggaran waktu ketibaan (ETA) sekitar empat jam.

Bot Don Juan pula berada 44 batu nautika dari zon merah dengan ETA lima jam 54 minit.

Sementara bot Zefiro kini berada 50 batu nautika dari zon merah dengan ETA tujuh jam.

Setakat ini, 40 bot telah dipintas dan diserbu rejim Zionis Israel, membabit 15 bot yang dinaiki delegasi Malaysia.

Hingga semalam, jumlah rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF 2.0 ditahan dan diculik tentera Israel meningkat kepada 16 orang.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.