fb fb fb fb fb

Graduan INSKEN layak mohon pinjaman perniagaan

KUALA LUMPUR, 25 Januari - Graduan Institut Keusahawanan Negara Berhad (INSKEN) yang menamatkan latihan keusahawanan di institusi tersebut boleh memohon pinjaman bagi meluaskan perniagaan mereka.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata selain memberi pengiktirafan kepada institut dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi (MEDAC), pembiayaan itu secara langsung membantu graduan mengukuhkan perniagaan.

Katanya, ia terkandung di bawah dasar baharu MEDAC dalam usaha melahirkan usahawan yang dibimbing dibawah agensi-agensinya.

"Jadi sebab itu hendak nyatakan bahawa mana-mana peserta kursus INSKEN yang bawa sijil INSKEN itu sijil ini mesti diiktiraf oleh agensi-agensi di bawah MEDAC.

"Dengan adanya sijil ini mereka diberikan jaminan mesti wajib diberikan pembiayaan kalau mereka datang memohon pembiayaan dibawah agensi-agensi kementerian pembangunan usahawan dan koperasi," katanya ketika ditemui selepas meraikan 295 peserta tamat program bimbingan INSKEN di sini.

Media Baharu