fb fb fb fb fb

Goodyear beri jaminan bayar pampasan kepada semua pekerjanya

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 8 Mac - Pengeluar tayar global, Goodyear memberi jaminan akan membayar pampasan kepada semua pekerjanya yang terkesan susulan pengumuman penutupan kilangnya di Shah Alam.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Goodyear turut mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat lain termasuk Proton untuk menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai kepada pekerja terlibat.

Katanya, keutamaan kerajaan sekarang adalah untuk memastikan kebajikan para pekerja. 

"Cuma untuk kita memastikan pekerja itu kena dilindungi. Pada masa sama untuk jangka masa panjang, disebabkan itu kita terus memastikan apabila kita bawa pelabur itu, pelaburan dalam ekonomi digital, ekonomi hijau ataupun ekonomi-ekonomi yang baru yang akan dapat kekal untuk jangka masa panjang," kata Zafrul kepada media selepas melancarkan Seminar Peluang Pelaburan dan Perniagaan Projek Pemecut Ekonomi (EAP) - ECRL, di Ibu Negara.

 

TETITIA YUSOFF