KUALA LUMPUR, 8 Mac- Solat sunat tarawih 20 rakaat, qiamullail hanya mulai tengah malam dan tazkirah tidak melebihi 20 minit.
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu kenyataan berkata, ia merupakan ketetapan pelaksanaan ibadah sepanjang Ramadan di semua masjid, surau jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan.
"Manakala jemaah yang tidak sihat dan bergejala pula perlu mematuhi peraturan sebagaimana yang ditetapkan oleh pihak masjid," menurut kenyataan itu.
JAWI juga akan melaksanakan pelbagai aktiviti menerusi Program Ihya' Ramadan seperti Iftar Rahmah Madani, Agihan Bubur Lambuk, Iftar Madani Jamaie, Sumbangan Ramadan dan Aidilfitri Mualaf, Ihya’ Ramadan Orang Kurang Upaya (OKU), Surau Bergerak JAWI dan Podcast Tazkirah Ramadan@ Radio JAWI dan Jamek FM.