fb fb fb fb fb

GLOMO: Malaysia diiktiraf hab inovasi 5G di peringkat global

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching (tengah), Presiden ZTE Asia dan Wilayah CIS, Mei Zhonghua (kanan) dan Pengarah Urusan ZTE Malaysia, Steven Ge (kiri) bersama Anugerah Inovasi GSMA Foundry/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Malaysia terus mencatat kejayaan dalam pembangunan teknologi 5G apabila syarikat telekomunikasi ZTE menerima Anugerah GSMA Foundry Innovation di Global Mobile (GLOMO) Awards, MWC Barcelona 2025.

Menerusi kenyataan dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) di Facebooknya, pengiktirafan itu diberikan atas kejayaan ZTE membangunkan penyelesaian 5G-Advanced bagi penyiaran langsung Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching menyifatkan anugerah itu sebagai bukti kedudukan Malaysia sebagai hab inovasi 5G di ASEAN.

Setakat ini, liputan 5G negara mencapai 82.4 peratus kawasan berpenduduk, dengan pelbagai aplikasi baharu diterokai termasuk penyiaran sukan secara langsung.

Kerjasama RTM, CelcomDigi, U Mobile dan ZTE dalam penyiaran SUKMA 2024 menerusi teknologi 5G-A berjaya menarik lebih 85 juta tontonan dalam tempoh tujuh hari.

Pengiktirafan tersebut mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju inovasi digital di peringkat serantau dan global.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM