fb fb fb fb fb

Tindakan tegas tanpa kompromi terhadap penghasut kaum dan agama- Fahmi

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil/ BERNAMA

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Semua badan penguatkuasaan dan agensi keselamatan diarahkan mengambil tindakan cepat, berkesan dan tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut menggunakan isu perkauman atau agama.

Tindakan tegas itu diarahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mempengerusikan Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil menerusi kenyataan berkata semua pihak diingatkan untuk memelihara perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat.

Selain, memupuk persefahaman dan hormat-menghormati antara satu sama lain, serta sentiasa mematuhi undang-undang negara demi kesejahteraan bersama.

Terdahulu, Perdana Menteri selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Teras Jernang di Bangi, turut memberi amaran kepada pemimpin dan ahli politik agar tidak mempergunakan isu agama sebagai senjata politik demi kepentingan peribadi.

ROSLINA BINTI DIN