fb fb fb fb fb

GISBH: Jawatankuasa Fatwa MKI sudah ada pandangan mengenai hukum

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar /Foto RTM

PUTRAJAYA, 5 Oktober-Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (Jawatankuasa Fatwa MKI) sudah mempunyai pandangan hukum mengenai fahaman disyaki sesat yang cuba didoktrinkan oleh GISBH Holdings (GISBH).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata keputusan itu akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja Oktober ini.

"Nanti kita akan bawa ke Majlis Raja-Raja pada 23 dan 24 Oktober.

"Jadi, Majlis Raja-Raja nanti yang akan memberi perkenan kepada pandangan hukum tersebut. Negeri akan membawa pandangan hukum tersebut kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri yang dipengerusikan oleh Mufti Negeri tersebut.  Itu kuasa negeri untuk memulakan persidangan atau pun ataupun fatwa tersebut .Peranan JAKIM ialah untuk menyelaraskan", katanya yang ditemui selepas merasmikan Multaqa Murabbi Institusi Pendidikan Islam Peringkat Kebangsaan Tahun 2024 di sini.

Jelasnya, pandangan hukum itu dikeluarkan berikutan Jawatankuasa Fatwa MKI tiada kuasa untuk mengeluarkan fatwa.

Sebelum ini, Perlis merupakan negeri pertama yang memutuskan bahawa ajaran dan kepercayaan dalam GISBH adalah menyeleweng dan sesat. 

Ia kemudiannya diikuti negeri Selangor dan Pahang.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD