fb fb fb fb fb

Gesa genjatan senjata di Gaza, Tok Mat jumpa Antonio Guterres

FOTO 'X' @tokmatn9

KUALA LUMPUR, 25 Januari- Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengambil peluang untuk bertemu dengan Setiausaha Agung Bangsa Bersatu, PBB TYT Antonio Guterres.

Beliau menerusi laman sosial 'X' berkata, pertemuan itu bagi menyampaikan salam dan poskad yang ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pertemuan itu berlangsung di pejabat Guterres di Bangunan Sekretariat PBB di New York.

Selain Perdana Menteri, poskad tersebut turut ditandatangani oleh menteri-menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan sebagai mewakili rakyat Malaysia.

Ia sebagai mesej yang menggesa agar gencatan senjata di Gaza dikuat kuasa segera serta hak Palestine sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dan diterima sebagai anggota penuh PBB.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE