PETALING JAYA, 19 Ogos - Satu gempa bumi sederhana berlaku di Laut Banda pada pukul 4.38 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, gempa dengan kedalaman 399 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 433 km selatan dari Ambon, Indonesia.
Menurut MET Malaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa berkenaan.