KUALA LUMPUR, 15 Julai – Satu gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Ryukyu, Jepun pada pukul 12.20 tengah hari.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) dalam kenyataan memaklumkan, gempa tersebut berukuran magnitud 5.5 dengan kedalaman 10 kilometer.
Kejadian berpusat di koordinat 29.3° utara dan 129.6 ° timur, iaitu kira-kira 276 kilometer selatan dari Kagoshima, Jepun.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.