fb fb fb fb fb

Gempa bumi sederhana di selatan Bali

(Foto MetMalaysia)

PETALING JAYA, 22 Ogos- Gempa bumi berukuran sederhana 5.3 pada skala Richter telah melanda selatan Bali, Indonesia pada 4.36 petang tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi gempa berpusat di 9.5 darjah Selatan dan 115.6 darjah Timur dengan kedalaman 141 kilometer.

Kedudukannya 98 kilometer Tenggara dari Denpasar.

MetMalaysia memaklumakn, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

(Gempa bumi sederhana di selatan Bali/MetMalaysia)

Media Baharu