Gempa bumi lemah di perairan Johor, tiada ancaman tsunami

Foto Facebook MetMalaysia

KUALA LUMPUR, 17 November – Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 dikesan berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada 12.10 tengah malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • MetMalaysia mengesahkan kejadian dan mengeluarkan laporan rasmi.
  • Gempa berlaku pada kedalaman kira-kira 10 km, 19 km barat daya Batu Pahat, Johor.
  • Tiada ancaman tsunami dikeluarkan susulan kejadian.

Menerusi laporan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu berlaku pada kedudukan 19 kilometer (km) barat daya Batu Pahat, Johor, dengan kedalaman 10 km.

Gempa berkenaan dikesan pada koordinat 1.7 darjah utara dan 102.8 darjah timur, kira-kira 106 kilometer (km) barat laut Tanjung Balai-Meral, Indonesia.

Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dikeluarkan susulan kejadian itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.