KUALA LUMPUR, 22 Disember - Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda rantau Papua New Guinea pada pukul 6.31 petang tadi.
Dalam satu kenyataan, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini memaklumkan gempa bumi tersebut dikesan pada koordinat 5.7 darjah selatan dan 145.5 darjah timur dengan kedalaman 10 kilometer (km).
Gempa bumi itu berada pada jarak 43km utara dari Goroka, Papua New Guinea.
Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa bumi tersebut.