fb fb fb fb fb

Gempa bumi di Peru, rakyat Malaysia dinasihat berwaspada

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 28 Jun- Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Lima, Peru sedang memantau bencana gempa bumi dengan magnitud 7.2 yang melanda pantai selatan Peru pada Jumaat.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kemententerian itu sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesan gempa bumi berkenaan.

"Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya.

Sementara itu, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Lima, yang terletak di Av. General Juan Antonio Pezet 1750 San Isidro, Lima, Peru.

Ia boleh dihubungi menerusi talian (511) 422 0297/ (511) 441 1939/ (511) 441 0795 atau melalui e-mel di Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya./malawakillima@gmail.com.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI