fb fb fb fb fb

Gaya hidup sederhana, bijak berbelanja ketika harga barang naik - Pakar Ekonomi

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 15 Julai- Penyelarasan gaya hidup dan perancangan kewangan kendiri merupakan mekanisme penting yang perlu dipraktikkan ketika berdepan kenaikan harga barang.

Penganalisis Ekonomi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah berkata kerajaan telah mengambil langkah intervensi proaktif dalam menangani isu inflasi ketika ini dan ia dibuktikan menerusi prestasi negara yang mempunyai kadar inflasi yang rendah iaitu 2.8% berbanding negara jiran yang lain.

Justeru, ini masanya peranan pengguna untuk mendisiplinkan diri dan menstruktur perbelanjaan dengan mengambil kira aspek keperluan dan kehendak.

"Kita menukar gaya hidup dari mewah kita kurangkan dia jadi bahan kehendak sahaja. tapi barang keperluan masih maintain. maksudnya, kita kena tengok kat mana kita boleh kurangkan kat mana barangan mewah dan kehendak tanpa mengusik keperluan kita untuk barangan asas," kata Dr Nuradli ketika menjadi tetamu secara maya dalam Program Selamat Pagi Malaysia.

Beliau menjelaskan pengguna perlu menhadapi tekanan inflasi dengan baik dan membuat simpanan kecemasan sebagai persediaan kegunaan masa hadapan.


(Penganalisis Ekonomi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan Shah
berkata demikian secara maya menerusi Program Selamat Pagi Malaysia)

Media Baharu