fb fb fb fb fb

Garaj terbakar: Empat kereta, dua motosikal musnah

FOTO BOMBA

PASIR PUTEH, 30 Mei- Sebuah garaj meletak kenderaan terbakar dan memusnahkan sebanyak enam kenderaan di Kampung Wakaf Lichong, di sini, Kelantan, tengah malam tadi.

Bagaimanapun, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Hasmeejohn Johari bersama jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT) dan sebuah jentera Fire Response Vehicle (FRV) digegaskan ke lokasi sebaik menerima panggilan kira-kira pukul 3.57 pagi.

Komander Operasi Kanan, Penguasa Kanan Bomba (PgKB) II Mohd Widan Azhari melaporkan kebakaran melibatkan garaj berkeluasan 30x20 kaki persegi yang turut membabitkan empat buah kereta dan dua buah motosikal.

Katanya, garaj, dua buah kereta dan dua buah motosikal berkenaan musnah 100 peratus, manakala dua lagi kereta musnah 70 peratus dan 20 peratus.

Operasi itu ditamatkan pada pukul 5.30 pagi.

3005 KELANTAN GARAJ TERBAKAR 2
FOTO BOMBA

SITI AISHAH MD ISA