fb fb fb fb fb

Gangguan bekalan elektrik di PIA pulih sepenuhnya

BAYAN LEPAS, 27 Julai- Gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kini pulih semula.

Beberapa kawasan di Pulau Pinang turut mengalami gangguan bekalan elektrik, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Tinjaun krew RTM Pulau Pinang mendapti rata-rata kakitangan di lapangan terbang terbabit mengalami kesukaran dalam urusan harian buat seketika.

Antara kawasan yang terjejas ialah Bayan Lepas dan Seberang Jaya.

Akibat gangguan elektrik tersebut, beberapa kilang di kawasan perindustriaan Bayan Lepas terpaksa dihentikan untuk sementara waktu.

 


(Operasi di PIA berjalan seperti biasa selepas bekalan elektrik kembali pulih petang tadi)

Media Baharu