fb fb fb fb fb

Gangguan bekalan air jejas persiapan Aidilfitri

(FOTO HIASAN)

KUALA KEDAH, 18 April- Masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku dikhuatiri menjejaskan persiapan hari raya kira-kira 30,000 penduduk sekitar Pekan Kuala Kedah.

Masalah tersebut kian meruncing sejak akhir-akhir ini apabila bekalan air sering terputus.

Pengerusi Pertubuhan Gagasan Generasi Gemilang Kuala Kedah, Datuk Abdul Mutalib Harun berkata, masalah gangguan bekalan air ketika musim perayaan sering berlaku di beberapa kawasan di Kuala Kedah sejak beberapa tahun lalu.

Malah kawasan perumahan seperti Taman Selat dan Taman Bersatu sudah beberapa hari tidak menerima bekalan air paip.

"Jadi saya meminta pihak kerajaan negeri segera memulihkan bekalan air kepada penduduk di kawasan Kuala Kedah. Kalau kita tak dapat bagi air terutama sekali ketika menyambut hari raya Aidilfitri maka susahlah rakyat. Jadi kita bersimpati dengan rakyat di Kuala Kedah ni," katanya.


(Pengerusi Pertubuhan Gagasan Generasi Gemilang Kuala Kedah, Datuk Abdul Mutalib Harun)

Abdul Mutalib yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Kedah bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Program Singgah Sahur  di Kampung Kubang Bongor, Kubang Rotan, Kuala Kedah, malam tadi.   

Sempena program itu, beliau turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa penerima terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan dan warga emas.

Media Baharu