fb fb fb fb fb

Gangguan bekalan air di ibu negara dijangka pulih malam ini

KUALA LUMPUR, 30 April- 15 kawasan sekitar ibu negara mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kerja pembaikan insiden paip pecah di Rumah Pam Pudu Ulu Baru, Taman Pertama.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu hantaran di facebook memaklumkan kerja pembaikan mula dilaksana pukul 11.30 pagi tadi dan dijangka siap sepenuhnya pada pukul 9.30 malam ini.

Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna setelah kerja pembaikan siap dilaksanakan.

15 kawasan terjejas melibatkan Bukit Permai Industri, Kampung Cheras Baru, Pandan Bistari, Taman Bukit Pandan, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Teratai, Taman Mawar, Taman Mega Jaya, Taman Melur, Taman Mestika, Taman Muda, Taman Pandan Mewah, Taman Putra, Taman Saga dan Taman Seraya.

Bantuan alternatif melalui lori tangki digerakkan ke kawasan yang terjejas dengan memberi keutamaan kepada premis kritikal sepanjang tempoh gangguan.


(Foto Hiasan)

Media Baharu