fb fb fb fb fb

Galak pelancongan, MOTAC rancang tambah pejabat cawangan

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing

KUALA LUMPUR, 25 Oktober- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) sedang merancang menambah pejabat cawangannya di setiap negeri bagi merancakkan industri pelancongan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata bagi tujuan itu, pihaknya ketika ini dalam proses mendapatkan kelulusan perjawatan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan peruntukan membuka pejabat Tourism Malaysia (TM) itu.

"Pembukaan pejabat TM negeri adalah diperlukan atas kepentingan pelancongan domestik antarabangsa kepada Malaysia kerana pejabat TM negeri berperanan mempromosikan destinasi pelancongan di negeri masing-masing, selain menggalakkan penduduk dari negeri tersebut datang melancong ke negeri-negeri lain di Malaysia, sekali gus merancakkan industri pelancongan setempat," kata Tiong ketika menjawab soalan wakil Kuala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad.

Bagaimanapun, jelas Tiong, perkara itu bergantung sepenuhnya kepada keputusan kerajaan.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM