fb fb fb fb fb

Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian agama dan kaum, rai perbezaan - Fahmi

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 April- Buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di Malaysia perlu dijadikan bahan bacaan yang menjadi pilihan utama kanak-kanak.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata usaha itu bagi melahirkan generasi berpengetahuan tinggi dan meraikan perbezaan.

Jelasnya, beliau memahami cabaran ibu bapa untuk menggalakkan budaya membaca buku dalam era digitalisasi.

Bagaimanapun, ibu bapa memainkan peranan penting dalam membudayakan amalan membaca dalam kalangan kanak-kanak.

"Saya nampak untuk anak-anak saya, bila kita belikan buku, ada budaya pergi ke kedai buku. Selain itu, kita dapat luangkan masa bersama dan cari buku yang mereka minat."

"Jadi, bila kita minta untuk tidak main peranti, mereka akan buka buku-buku ini," kata Fahmi di Bernama hari ini.

Terdahulu, Fahmi menyertai murid dan guru dari Sri Aria School serta warga Bernama meluangkan masa membaca buku pilihan masing-masing selama 10 minit di lobi Wisma Bernama.

Turut hadir, Duta Sweden ke Malaysia, Dr Joachim Bergstrom, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli dan Pengerusi Bernama, Datuk Seri Wong Chun Wai.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM