fb fb fb fb fb

JOW, inisiatif bela nasib rakyat dapatkan akses guaman

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman

PUTRAJAYA, 23 April- Perkhidmatan klinik guaman bergerak atau Justice On Wheels (JOW) daripada Jabatan Bantuan Guaman (JBG) diwujudkan bagi membela nasib rakyat yang sukar mendapat akses perkhidmatan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman berkata klinik itu bertujuan untuk memberi khidmat nasihat secara bergerak kepada orang ramai yang tinggal di kawasan luar bandar dan pedalaman seluruh Malaysia.

Sebanyak 15 program JOW akan dilaksanakan di negeri Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Bagi pengoperasian Justice On Wheels, JBG telah membuat perolehan tiga buah van dengan menggunakan manfaat peruntukan yang telah diluluskan oleh Kerajaan MADANI.

Selain itu, JBG juga membangunkan sistem Gerbang iGuaman yang berperanan sebagai 'pusat sehenti' bagi memudahkan orang awam mengakses perkhidmatan dalam talian.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM